Tuesday, July 24, 2012

Latar Belakang Tamadun China


Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M. .
Maharaja Shih Huang Ti

Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Sumbangan Tamadun China



Kompas


Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.


Kertas Pertama di Dunia

Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.




Confucius



Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.



Lao Tze



Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.





Saturday, July 21, 2012

Kepercayaan dan Agama Tamadun China





Kepercayaan Alam Sekitar :





Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.




Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :



Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.



Kepercayaan kepada Anak Syurga :



Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.

Kepercayaan kepada dewa :



Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’


Agama Buddha :








Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

Ajaran Confucius :





Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

Ajaran Taoisme :




Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Kesimpulan :

Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada pemerintah.



Konsep-konsep Penting dalam Tamadun China


1.      Tien

Selalunya digunakan untuk menunjukkan langit(heaven).Walaupun demikian,sejak zaman awal dalam sejarah negeri China,Tien juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama dalam kepercayaan Cina.Oleh itu,dewa yang terpenting dalam kepercayaan orang-orang cina(Tien) juga disamakan dengan langit.selain daripada itu,Tien mempunyai satu dimensi moral dalam kepercayaan orang-orang cina.

  2.Dao atau Tao

Konsep Dao mempunyai pelbagai maksud.Maksud terawal merujuk kepada “jalan” atau “lorong”.Sebelum kedatangan falsafah konfusius,Dao digunakan untuk menunjukkan satu “jalan” ataupun suatu cara kelakuan atau tabiat sama ada tabiat baik atau buruk.Selepas kedatangan konfusius, orang-orang yang mengikut fahaman Daoisme (berasal dari perkataan Dao) menggunakan konsep Dao dengan satu konsep metafizik untuk menunjukkan kepada kesuluruhan alam semesta. Konsep Dao menurut konfusius sebagai satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu, atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seorang individu.Ia juga menunjukkan kepada suatu corak atau jenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan cara yang paling baik.Konsep Dao menurut fahaman Daoisme. Menurut ahli falsafah Daoisme, Dao bermaksud metafizik.Ini bermaksud jikia terdapat suatu proses kewujudan,maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil Dao. 

3.Konsep Yin dan Yang

Pemikir-pemikir cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin dan Yang.Yin mewakili perempuan,keadaan pasif,sejuk,gelap,basah,lembut dan lain-lain.Yang pula mewakili lelaki,aktif,panas,cerah,kering,keras dan lain-lain. Yin dan Yang merupakan dua kuasa yang saling bertindak di dalam alam semesta ini.Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin adalah bumi.


4.Konsep “The Golden Mean” atau Chung

Ia merupakan sesuatu yang paling sesuai,paling tepat atau terbaik dalam sesuatu keadaan.Oleh itu Chung boleh menunjukkan jarak yang ideal dalam sesuatu
keadaan,masa yang paling ideal dalam sesuatu keadaan ,wajah atau rupa seseorang yang paling ideal dan lain-lain.


5.Konsep The Grand Unity atau Ta T’ung


Menurut Kang Yu Wei dalam bukunya Ta T’ung Shu (Book of Great Unity atau Ta T’ung) menyatakan: ianya satu prinsip yang menumpukkan perhatian kepada cara mengelakkan kesaktian dan penderitaan dan cara mendapatkan keseronokan secara maksima kepada jumlah manusia yang maksima.

Kesemua agama dan konsep-konsep penting dalam tamadun Cina mengajar sistem moral dan  ianya adalah penting dalam kehidupan.Manakala ajaran-ajaran tuhan adalah satu cara untuk memberi hukuman.Itulah asas utama konsep agama yang ada pada masyarakat cina .Oleh itu jelaslah pandanagan semesta orang-orang cina adalah mengutamakn kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati.