1.
Tien
Selalunya digunakan untuk menunjukkan langit(heaven).Walaupun
demikian,sejak zaman awal dalam sejarah negeri China,Tien juga digunakan untuk
menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama dalam kepercayaan Cina.Oleh
itu,dewa yang terpenting dalam kepercayaan orang-orang cina(Tien) juga
disamakan dengan langit.selain daripada itu,Tien mempunyai satu dimensi moral
dalam kepercayaan orang-orang cina.
2.Dao
atau Tao
Konsep Dao mempunyai pelbagai maksud.Maksud terawal merujuk kepada
“jalan” atau “lorong”.Sebelum kedatangan falsafah konfusius,Dao digunakan untuk
menunjukkan satu “jalan” ataupun suatu cara kelakuan atau tabiat sama ada
tabiat baik atau buruk.Selepas kedatangan konfusius, orang-orang yang mengikut
fahaman Daoisme (berasal dari perkataan Dao) menggunakan konsep Dao dengan satu
konsep metafizik untuk menunjukkan kepada kesuluruhan alam semesta. Konsep Dao
menurut konfusius sebagai satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh
seseorang individu, atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti
oleh seorang individu.Ia juga menunjukkan kepada suatu corak atau jenis
pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan
cara yang paling baik.Konsep Dao menurut fahaman Daoisme. Menurut ahli falsafah
Daoisme, Dao bermaksud metafizik.Ini bermaksud jikia terdapat suatu proses
kewujudan,maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini
dipanggil Dao.
3.Konsep
Yin dan Yang
Pemikir-pemikir cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau
wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi antara dua kuasa yang berlawanan
iaitu Yin dan Yang.Yin mewakili perempuan,keadaan
pasif,sejuk,gelap,basah,lembut dan lain-lain.Yang pula mewakili
lelaki,aktif,panas,cerah,kering,keras dan lain-lain. Yin dan Yang merupakan dua
kuasa yang saling bertindak di dalam alam semesta ini.Dalam bentuk fizikal,
Yang merupakan langit dan Yin adalah bumi.
4.Konsep
“The Golden Mean” atau Chung
Ia merupakan sesuatu yang paling sesuai,paling tepat atau terbaik dalam
sesuatu keadaan.Oleh itu Chung boleh menunjukkan jarak yang ideal dalam sesuatu
keadaan,masa yang paling ideal dalam sesuatu keadaan ,wajah atau rupa
seseorang yang paling ideal dan lain-lain.
5.Konsep
The Grand Unity atau Ta T’ung
Menurut Kang Yu Wei dalam bukunya Ta T’ung Shu (Book of Great Unity atau
Ta T’ung) menyatakan: ianya satu prinsip yang menumpukkan perhatian kepada cara
mengelakkan kesaktian dan penderitaan dan cara mendapatkan keseronokan secara
maksima kepada jumlah manusia yang maksima.
No comments:
Post a Comment